aunimawardi

Monday 6 June 2016

kaki novel

Telefon ditenung lama. Satu pesanan pun tidak masuk ke dalam peti masuk telefon bimbit. Syifa termenung sendiri. Teringat akan dia sewaktu mula-mula Furqan cuba mendapatkannya. Beberapa bulan yang lepas… Mesej dari seseorang yang tidak dikenali dipandang pelik. Hye sweetie. Mesej masuk yang langsung dia tidak kenali siapa pengirimnya.Dengan penuh tanda tanya Syifa membalas. Siapa ni? Salah nombor ka ? Telefon Furqan berdering menandakan ada pesanan yang masuk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mengukir senyuman manis lalu dia membalas kembali. SYED FURQAN AMIN is my name. What is your name ? Aduhh.. hanya keluhan yang terbit dari mulutnya. “Siapalah mamat sewel ni?”. Omel Syifa sendiri. Maaf, saya tak kenal siapa awak. Siapa saya anda tidak perlu tahu dan saya minta kerjasama anda untuk tidak mengganggu saya. Syifa membalas dengan lembut tapi ada tegasnya . Syifa mengeluh perlahan. Siapa lelaki itu? Furqan Amin? Sejak bila dia mempunyai teman bernama SYED FURQAN AMIN dan yang paling penting daripada mana lelaki bernama Furqan itu dapat nombor telefonnya. Furqan membuka pesanan yang diterima sungguh tegas dan angkuh. Tetapi itu tak bermakna dia akan berhenti dan berputus asa. Dia bukan seorang yang jenis mudah mengalah untuk dapatkan sesuatu yang dia mahu.Dia tetap akan mencuba walaupun gadis itu menolaknya. Okay sweetie. Balas Furqan ringkas. Syifa memandang Iphone kesayangannya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dengan malas dia melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. CRAZY CRUSH Syifa meletakkan kembali telefon miliknya. Dia malas hendak melayan mamat Furqan itu. Makin dilayan makin galak dibalasnya. Dia mencapai tuala merah jambunya lalu menuju ke bilik mandi. Furqan memandang telefon bimbitnya yang senyap dari tadi. Dia memandang sekilas pada jam dinding lalu jarinya ligat menaip sesuatu pada Iphonenya Sweetie, saya cuma nak berkawan dengan awak . Saya tak ada niat lain. Saya Cuma nak berkawan. Saya harap awak sudi terima.Saya sanggup terima maki hamun awak asalkan saya dapat berkawan dengan awak. Apapun ,saya akan tunggu awak. Selesai solat maghrib dan makan malam, Syifa meminta kebenaran mama dan papanya untuk masuk tidur. “Ma,pa.. syifa masuk tidur dulu ya” pintanya lembut. “ Iyalah, selamat malam sayang”. Ujar Puan Salfina . Syifa melangkah lemah menuju ke atas. Entah kenapa hatinya rasa diserbu satu rasa yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya.Seharian dia moody memikirkan lelaki itu.Dia memulas tombol pintu biliknya dan menghempas tubuhnya diatas katil. Lalu dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka peti masuk telefon bimbitnya. Syifa membuka pesanan yang diterima daripada si pengirim yang di setkan nama CRAZY CRUSH . Dia mengeluh.. “Apahal lah mamat ni , masalah betul ”. marah Syifa. Dia mancampakkan Iphone miliknya ke tepi lalu memadamkan lampu tidur di biliknya. Furqan memandang sepi telefon miliknya. Sengaja dia memberi alasan yang dia tidak sihat kepada rakannya untuk tidak keluar makan malam bersama rakan baiknya , Rayqif. Bukannya dia tidak tahu akan perangai sahabatnya itu yang kuat sentap itu. Tetapi dibiarkan sahaja apa yang akan diperkatakan oleh sahabatnya nanti. Furqan merenung kolam renang yang tenang airnya. Pada masa yang sama, dia tidak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatinya. Sentuhan lembut dibahunya mengejutkan Furqan dari lamunan. Ternyata tangan yang menyentuhnya milik insan yang amat dia sayangi , Puan Sri Airine . Puan Sri menatap wajah sugul milik anak bongsunya itu. Sebenarnya, dia telah lama memerhatikan Furqan disebalik pintu kaca itu. Dia sendiri bingung melihat sikap anaknya yang tidak banyak berbicara. Dia tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya.

 ................................................................................ Apakah jawapan yang akan diberikan oleh Syifa terhadap Furqan?? Nantikan sambungannya.

No comments:

Post a Comment