aunimawardi

Tuesday 20 December 2016

auni mawardi: Sakit Hilang seorang sahabat

auni mawardi: Sakit Hilang seorang sahabat: tshirthati@blogspot.com SAHABAT?? Apa tu? Berharga ka tidak? Okay.. for those yang nak tau SAHABAT itu apa.. ni auni nak kongsi sikit pe...

auni mawardi: KECEWA

auni mawardi: KECEWA: Assalamualaikum..harini, malam ni dan saat ni  taktau kenapa mood Auni down sangat. Rasa macam lifeless gila. Down,serabut semua ada tunggu ...

Sunday 28 August 2016

KECEWA

Assalamualaikum..harini, malam ni dan saat ni  taktau kenapa mood Auni down sangat. Rasa macam lifeless gila. Down,serabut semua ada tunggu masa nak gila jaa..😞 stress  sangat. Kalau hati ni boleh scan then show off dekat tv confirm pecah skrin sebab terlampau panas dan sakit. Nasiblah hati ni tersembunyi.. Actually, Auni ada dapat satu screenshot blog someone ni.. Dan tak tau nak cerit. Macam mana dan apa perasaan bila baca benda tu. Kalau nak describe pun tak tuulah sama ada satu cerita ataupun luahan hati ynng tak kesampaian. Tapi yang paling menyakitkan bila dapat tahu yang apa yang ditulis diblog tu adalah dari seorang Ex kepada Ex. Dan yang paling buat auni bengang.. Ex dia tu boyfriend aku. Kalau dah ex tu ex jelah..tak payah nkk propa nak " "saya sanggup tunggu awak 3 tahun " and blablabla.. Errrghh😠 dada ni rasa nak meletup ja..  Perempuan manalah yang tak sakit hati kalau ada perempuan lain still berharap dekat boyfriend dia.. Erghh.. Tak kira lah benda lama ka baru ka tetap sama..yang namanya harapan ni memang payah.. Tapi takpa..malas nak fikir.. Hati sakit otak biul.. Baik fokus on study..byeee👻

Saturday 16 July 2016

Sakit Hilang seorang sahabat

tshirthati@blogspot.com

SAHABAT?? Apa tu? Berharga ka tidak?

Okay.. for those yang nak tau SAHABAT itu apa.. ni auni nak kongsi sikit pengetahuan tentang sahabat . Sahabat ni bukan seperti kawan. Dia adalah kawan yang dianggap seperti adik beradik kita sendiri. Sahabat ni, akan ada time kita susah ,senang, happy, sedih, time kita dah betul-betul down tu.. sahabat ni lah yang akan hulurkan tangan untuk capai kita bangun semula. Tapi tak semua sahabat kekal jadi sahabat. Sahabat tak semestinya tak pernah gaduh, tak pernah tak puas hati. Semua orangkan tak PERFECT so, mestilah ada juga kadang-kadang tu salah faham kan. Tapi ada  beza tau gaduh dengan sahabat dan kawan.

Okay, let say lah kan hampa ada sahabat pastu tiba-tiba satu hari hampa gaduh dengan sahabat hampa, maybe salah faham, orang rekakan cerita bagi hampa gaduh ka atau apa-apa jaa yang boleh buat hampa gaduh. Hampa mesti rasa sedihkan? Rasa macam nak menangis 24 jam kan bila teringat balik kenangan atau apa yang sahabat hampa tu buat kat hampa. Kalau boleh tu rasa macam nak duduk sendirian ... jauh daripada semua orang. Dan yang paling hampa nak buat sangat ialah nak pergi jumpa dia then nk terangkan hal sebenar. Rasa hati ni tak tenang selagi tak tau san cerita hal sebenar kan. Tapi kalau bergaduh dengan kawan ni berbeza pulak, bila kita gaduh dengan kawan ni kita takkan rasa sakit macam mana gaduh dengan sahabat. Tau sebab apa?? Sebab... kawan ni ada atau datang time kita senang ja, time banyak duit ataupun nak senang cerita ( time dia nak guna diri hampa tu). Lagipun, kawan ni mudah dicari. Pergilah mana pelusuk dunia pun, nak cari kawan ni mudah dan senang sangattapi nak cari manusia yang namanya sahabat tu yang payah dan susah sebab sahabat ni satu dalam sejuta. So, kalau nak berkawan tu kenalah pandai memilih dan mencari. 

So , setakat ni sahaja yang mampu nak share. xoxo:D

Monday 6 June 2016

auni mawardi: kaki novel

auni mawardi: kaki novel: Telefon ditenung lama. Satu pesanan pun tidak masuk ke dalam peti masuk telefon bimbit. Syifa termenung sendiri. Teringat akan dia sewaktu m...

kaki novel

Telefon ditenung lama. Satu pesanan pun tidak masuk ke dalam peti masuk telefon bimbit. Syifa termenung sendiri. Teringat akan dia sewaktu mula-mula Furqan cuba mendapatkannya. Beberapa bulan yang lepas… Mesej dari seseorang yang tidak dikenali dipandang pelik. Hye sweetie. Mesej masuk yang langsung dia tidak kenali siapa pengirimnya.Dengan penuh tanda tanya Syifa membalas. Siapa ni? Salah nombor ka ? Telefon Furqan berdering menandakan ada pesanan yang masuk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mengukir senyuman manis lalu dia membalas kembali. SYED FURQAN AMIN is my name. What is your name ? Aduhh.. hanya keluhan yang terbit dari mulutnya. “Siapalah mamat sewel ni?”. Omel Syifa sendiri. Maaf, saya tak kenal siapa awak. Siapa saya anda tidak perlu tahu dan saya minta kerjasama anda untuk tidak mengganggu saya. Syifa membalas dengan lembut tapi ada tegasnya . Syifa mengeluh perlahan. Siapa lelaki itu? Furqan Amin? Sejak bila dia mempunyai teman bernama SYED FURQAN AMIN dan yang paling penting daripada mana lelaki bernama Furqan itu dapat nombor telefonnya. Furqan membuka pesanan yang diterima sungguh tegas dan angkuh. Tetapi itu tak bermakna dia akan berhenti dan berputus asa. Dia bukan seorang yang jenis mudah mengalah untuk dapatkan sesuatu yang dia mahu.Dia tetap akan mencuba walaupun gadis itu menolaknya. Okay sweetie. Balas Furqan ringkas. Syifa memandang Iphone kesayangannya berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dengan malas dia melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. CRAZY CRUSH Syifa meletakkan kembali telefon miliknya. Dia malas hendak melayan mamat Furqan itu. Makin dilayan makin galak dibalasnya. Dia mencapai tuala merah jambunya lalu menuju ke bilik mandi. Furqan memandang telefon bimbitnya yang senyap dari tadi. Dia memandang sekilas pada jam dinding lalu jarinya ligat menaip sesuatu pada Iphonenya Sweetie, saya cuma nak berkawan dengan awak . Saya tak ada niat lain. Saya Cuma nak berkawan. Saya harap awak sudi terima.Saya sanggup terima maki hamun awak asalkan saya dapat berkawan dengan awak. Apapun ,saya akan tunggu awak. Selesai solat maghrib dan makan malam, Syifa meminta kebenaran mama dan papanya untuk masuk tidur. “Ma,pa.. syifa masuk tidur dulu ya” pintanya lembut. “ Iyalah, selamat malam sayang”. Ujar Puan Salfina . Syifa melangkah lemah menuju ke atas. Entah kenapa hatinya rasa diserbu satu rasa yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya.Seharian dia moody memikirkan lelaki itu.Dia memulas tombol pintu biliknya dan menghempas tubuhnya diatas katil. Lalu dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka peti masuk telefon bimbitnya. Syifa membuka pesanan yang diterima daripada si pengirim yang di setkan nama CRAZY CRUSH . Dia mengeluh.. “Apahal lah mamat ni , masalah betul ”. marah Syifa. Dia mancampakkan Iphone miliknya ke tepi lalu memadamkan lampu tidur di biliknya. Furqan memandang sepi telefon miliknya. Sengaja dia memberi alasan yang dia tidak sihat kepada rakannya untuk tidak keluar makan malam bersama rakan baiknya , Rayqif. Bukannya dia tidak tahu akan perangai sahabatnya itu yang kuat sentap itu. Tetapi dibiarkan sahaja apa yang akan diperkatakan oleh sahabatnya nanti. Furqan merenung kolam renang yang tenang airnya. Pada masa yang sama, dia tidak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatinya. Sentuhan lembut dibahunya mengejutkan Furqan dari lamunan. Ternyata tangan yang menyentuhnya milik insan yang amat dia sayangi , Puan Sri Airine . Puan Sri menatap wajah sugul milik anak bongsunya itu. Sebenarnya, dia telah lama memerhatikan Furqan disebalik pintu kaca itu. Dia sendiri bingung melihat sikap anaknya yang tidak banyak berbicara. Dia tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya.

 ................................................................................ Apakah jawapan yang akan diberikan oleh Syifa terhadap Furqan?? Nantikan sambungannya.

Sayang tak semesti milik kita

Setiap manusia memang diciptakan untuk sayang dan menyayangi. Normallah kan kalau tiba-tiba je rasa suka dekat seseorang tu. Contoh macam cinta pandang pertama lah katakan. Tapi, kadang-kadang rasa suka tu tak mampu kita nak luahkan dengan kata-kata kan.. Sometimes, kita akan rasa suka dekat seseorang tu dan cuba nak jujur but.. mesti ada halangan kan macam tiada keyakinan , malu dan what so ever but the important thing is bila someone yang kita puja tu dah bnerpunya. OMG!! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya, pedih dan luka hati ni. Rasa macam seolah-olah kebahgiaan yang kita rasa sebelumtu dirampas serta merta. Comfirm air mata berderai..huhu.. then, bangun esok mesti mata sembab dan muka lesu sangat kan. Tapi apakan daya, samada suka atau tak kita kena accept juga. Hati manusis bukan kita yang tentukan. Allah sahaja yang tahu dan boleh ubahkan hati dan perasaan seseorang. Tapi, apa-apa pun kita jangan give up. Teruskan bangkit dan move on kan hati tu semula. Masih banyak kumbang dan bunga diluar sana. Ingat, Jodoh dan ajal itu ketentuan Tuhan.
 Apa-apa pun jangan give up k.. xoxo..